top of page
Kategori Penyertaan

A. Sekolah Rendah

B. Sekolah Menengah

CARA PENYERTAAN

-Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu terlebih dahulu mengisi borang penyertaan dan menghantar bersama salinan bil elektrik bulan December 2013, Januari 2014, Februari 2014, Mac 2014 dan April 2014 kepada pihak urusetia.

-Pertandingan akan dimulakan sebaik sahaja maklumat yang lengkap telah dihantar kepada urusetia. Para peserta yang berminat perlu mendaftar sebelum 30 September 2014.

-Aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik boleh mula dilaksanakan selepas penghantaran tersebut. Peserta kemudiannya perlu menghantarkan bil elektrik bagi tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan seterusnya untuk pemantauan pihak urusetia.

-Bil yang perlu diserahkan untuk pemantauan : May, Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober 2014.

-Para peserta perlulah menghantar salinan bil secara konsisten. Jika terdapat penghantaran yang tidak lengkap, para peserta harus menyelesaikannya sebelum tarikh tutup pertandingan.

-Para peserta boleh menghantar salinan bil melalui e-mail atau faks dengan menulis ‘MySwitch’ dan maklumat lain seperti nama sekolah, alamat kediaman (bagi kategori terbuka) pada e-mail atau faks tersebut.

-Penyertaan adalah lengkap sebaik sahaja pihak urusetia menerima bil bulan terakhir iaitu bil bulan Oktober 2014.

-Para peserta juga dikehendaki menyediakan LAPORAN mengenai aktiviti-aktiviti penjimatan elektrik yang telah dilaksanakan di sekolah.

-Format laporan akan dihantar pada peserta melalui email atau faks.

-Tarikh akhir bagi penyerahan dokumen kepada urusetia adalah 1 November 2014. Dokumen yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

 

Sila Klik Sini Untuk Borang Penyertaan MySwitch! 

bottom of page